Gambar-gambar sebelum kapal RMS Titanic yang juga dikenali sebagai kapal persiaran mewah terbesar di dunia ketika itu..Titanic dimiliki oleh White Star Line membawa ribuan penumpang berlayar pada hari pertama pelancarannya dari Southampton, England menuju ke New York sebelum tenggelam dan karam selepas melanggar aisberg di lautan Atlantik..Berikut merupakan gambar-gambar sebenar di atas kapal Titanic sebelum ia berlayar yang diperolehi dari kamera orang perseorangan..
Dimiliki oleh White Star Line dan dibina di limbungan Harland and Wolff, Titanic merupakan kapal wap penumpang terbesar di dunia pada masa pelancarannya. Semasa pelayaran pertama Titanic, ia berlanggar dengan aisberg pada jam 11:40 PM (waktu kapal) pada pagi Ahad 14 April 1912, dan tenggelam sepenuhnya dalam tempoh dua jam empat puluh minit kemudian iaitu pada jam 2:20 AM pagi Isnin..
Bencana tersebut mengakibatkan kematian lebih 1,500 orang, menjadikannya sebagai bencana laut terburuk dalam sejarah dan paling termashyur sehingga kini..Titanic dilengkapi dengan teknologi paling maju pada masa itu dan orang awam percaya bahawa ia “tidak mungkin tenggelam”..
Ia amat mengejutkan bagi orang ramai bahawa walaupun dengan teknologi moden dan anak kapal yang berpengalaman, Titanic masih tenggelam dengan jumlah kematian yang tinggi..Keghairahan media awam mengenai mangsa terkenal Titanic, legenda mengenai apa yang berlaku di atas kapal, mengakibatkan undang-undang laut ditukar, dan penemuan bangkai kapal pada 1985 oleh pasukan yang diketuai oleh Jean-Louis Michel dan Robert Ballard menjadikan Titanic kekal terkenal pada tahun-tahun berikutnya.
No comments:
Post a Comment